Tempatan

Pemangku Raja Pahang Santuni 59 Kampung Mangsa Banjir Janda Baik

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

JANDA BAIK, 04 Januari 2022 – KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam berkenan berangkat menyantuni 59 buah rumah yang terlibat dengan musibah banjir di Janda Baik.

Antara kampung yang terlibat adalah seperti Kampung Genting Sodo, Kampung Pulau Santap, Kampung Lampin, Kampung Cemperoh, dan Kampung Cheringgin.

Baginda sempat berbual mendapatkan maklum balas, mendengar luahan serta perkongsian daripada rakyat yang terlibat. Banyak perkara yang sedang diusahakan Baginda untuk memperbaiki keadaan.

Tengku Hassanal juga turut memberi sumbangan kepada kesemua mangsa banjir dengan harapan dapat membantu dan meringankan beban yang dihadapi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: