Tempatan

Kerajaan Yang Majoriti Islam Tapi Tidak Boleh Pertahankan Islam – Syed Hassan Syed Ali

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Mei 2023 – “Ini yang kita tahu, pihak sana yang nak menggunakan kalimah Allah ini hanya kerana nak menukar perkataan Tuhan kepada Allah, God kepada Allah, bukan nama Allah, sifat Allah yang diorang maksudkan.”

“Hanya kerana nak tukar God, digantikan dengan nama Allah. Translate God kepada Allah, itu sahaja. Tapi bukannya nama tuhan mereka Allah. Ini yang kita pelik pemimpin kita semua tidak mahu pertahankan. Ini satu perkataan ataupun satu perkara yang sangat penting, Kerajaan kita yang majoritinya Islam tidak boleh pertahankan! Sebab tu lah kita tengok macam-macam hak kepentingan Melayu dan Islam yang lain mudah hilang, mudah diperkotak-katik. Satu nama, perkataan yang penting ini pun tidak boleh dipertahankan, macam-macam perkara pun tidak akan dipertahankan.”

BACA JUGA: Jadual Penanaman Padi Ditunda Jika Cuaca Panas Berlarutan

BACA JUGA: Isu Kalimah Allah: PM Cuai, Buat Kenyataan Yang Mengelirukan

BACA JUGA: Cuaca Ekstrem Ubah Peta Negara, Beberapa Kawasan Tinggal Sejarah

Ini kekecewaan dan kekesalan yang disuarakan oleh Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali dalam isu penarikan balik rayuan dalam kes kalimah Allah oleh Kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“PERKASA sungguh terkejut dan sangat sedih kerana bila kita diwar-warkan dengan Kerajaan Madani, tapi secara sembunyi, diam-diam menarik rayuan kes kalimah Allah yang dibuat pada 18 April 2023, yang kini baru tersebar, yang kalau kita tak sedar, sampai bila-bila pun kita tak tahu.”

“Yang kita sedihnya, kenapa pemimpin-pemimpin kita daripada atas sampai bawah, memegang jawatan-jawatan penting, semuanya beragama Islam, kenapa tidak boleh pertahankan kalimah Allah ini!?” soal beliau sewaktu dalam satu sesi sidang media anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) pada Selasa.

Ujarnya, kemenangan yang diperoleh oleh Jill Ireland hanya satu langkah, yang mana kita percaya kalau perkara ini tidak dibetulkan, selamanya Kristian boleh gunakan, benda ini akan pengaruhi anak-anak kita, yang mereka satu hari nanti, pada mereka, mereka boleh berkahwin dengan orang agama Kristian kerana Allah itu sama.

Justeru, beliau memohon agar pihak Istana menegur tindakan Kerajaan dalam perkara ini.

“PERKASA mengharap Istana mesti menegur Kerajaan yang ada sekarang.”

Tegas beliau lagi, “Sekali lagi PERKASA tekankan, KDN perlu kembali membuat rayuan dalam kes kalimah Allah ini.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: