Antarabangsa

Perubahan Iklim Tingkatkan Potensi Kewujudan Virus Baharu – Penyelidik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 29 April 2022 – Perubahan iklim meningkatkan potensi kewujudan virus baharu dan ia mempunyai kapasiti untuk menyerang manusia.

Menurut seorang penyelidik yang juga ahli ekologi penyakit di Georgetown University, Gregory Albery, beliau menyatakan bahawa perubahan iklim ini akan mendorong haiwan untuk berpindah ke tempat yang lebih sejuk di mana mereka akan bertemu dengan spesies lain.

Tambahnya, pertemuan itu adalah berikutan peningkatan suhu yang menyebabkan mereka meninggalkan habitat asalnya.

Katanya, pada ketika ini lebih kurang 10,000 virus yang “beredar secara senyap” dalam kalangan haiwan liar dan kebanyakannya di kawasan hutan hujan tropika mempunyai kapasiti untuk menyerang manusia.

Hal itu sekaligus akan menyebabkan risiko untuk virus baharu menjangkiti manusia meningkat.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Nature, penyelidik juga tidak menolak kemungkinan bahawa sekurang-kurangnya 15,000 kes baharu virus akan merebak antara haiwan menjelang 2070.

“Kami telah menemui mekanisme baru dan kemunculan penyakit yang berpotensi untuk mendatangkan bahaya dan mengancam kesihatan populasi haiwan pada masa hadapan yang kemungkinan besar akan memberi kesan kepada kesihatan kita juga.”

“Kajian ini memberikan kita lebih banyak bukti yang tidak dapat dipertikaikan bahawa di masa akan datang bukan sahaja akan lebih panas, tetapi akan lebih sakit,” kata Albery.

Kajian yang telah berjalan selama lima tahun itu melihat 3,139 spesies haiwan memodelkan bagaimana pergerakan mereka sewaktu berada di bawah pelbagai keadaan pemanasan global.

Bukan itu sahaja, proses bagaimana penghantaran virus berlaku turut dianalisis menerusi kajian itu.

Berdasarkan dapatan penyelidik, penyebaran virus berlaku dengan berganda sekiranya ia menerusi jenis haiwan yang berbeza.

“Ini sedang berlaku. Ia tidak boleh dicegah walaupun langkah terbaik adalah dengan merubah keadaan iklim dan kita perlu meletakkan langkah-langkah untuk membina infrastruktur kesihatan bagi melindungi populasi haiwan dan manusia,” ujar Albery.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: