Tempatan

Tiga Virus Utama Penularan Penyakit HFMD

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JUMAAT, 27 Mei 2022 – “Tiga (3) virus utama yang menyebabkan penularan penyakit HFMD dalam komuniti pada tahun 2022 adalah Coxsackie A16 (CA16), Coksackie A6 (CA6) dan Enterovirus 71 (EV71).”

Maklumat tersebut dimuatkan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) beberapa hari lalu mengenai situasi semasa kejadian penyakit, kaki, tangan dan mulut (HFMD) di Malaysia.

Menurut kenyataan yang sama, sehingga hari terakhir minggu epidemiologi (ME) 20/2022 (21 Mei 2022), sejumlah 47,209 kes HFMD telahpun dilaporkan. Ia merupakan peningkatan 20 kali ganda berbanding dari ME yang sama pada tahun 2021.

BACA: Kadar Kematian Monkeypox 6% – WHO

BACA: Ibu Bapa Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang Kerana Tularkan Penyakit HFMD

BACA: Tolak Hudud Sama Seperti Suruh Orang Islam Tinggal Ajaran Agama – Shamsher Singh Thind

Berdasarkan maklumat yang disertakan dalam kenyataan tersebut, peningkatan kes pada ME 20 ini telah dijangka akan berlaku berikutan dari pergerakan penduduk Malaysia semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

KKM dalam kenyataan itu turut memaklumkan, setakat ini terdapat dua kes HMFD positif EV71 yang dimasukkan ke ICU kerana akibat daripada komplikasi radang otak (encephalitis). Kedua-dua kes tersebut merupakan kanak-kanak yang berumur bawah 6 tahun.

“Majoriti lokasi penularan wabak berlaku di taska, tadika dan pra-sekolah iaitu 711 wabak (61%) diikuti oleh rumah persendirian dengan 407 wabak (35%), dan juga pusat jagaan kanak-kanak sebanyak 42 wabak (3%).”

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah telah menjalankan sesi libat urus dengan agensi yang menyelia pengurusan taska, tadika dan pra-sekolah, selain mengeluarkan surat alert.

Mengakhiri kenyataan, KKM menasihatkan orang ramai terutama ibu bapa yang mempunyai anak kecil agar tidak membawa anak ke tempat-tempat yang berisiko untuk berlakunya penularan jangkitan HFMD seperti taman permainan awam.

“Orang ramai dinasihatkan agar melaporkan kejadian kes HFMD yang berlaku di taska, tadika dan sekolah kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan kawalan.”

Leave a Reply

Back to top button