EU Pertimbang Hadang Cahaya Matahari Untuk Kekang Perubahan Iklim
BRUSSEL, 28 Jun 2023 – Kesatuan Eropah (EU) sedang meneliti dan mempertimbangkan penggunaan teknologi berskala besar atau geo-kejuruteraan dalam usaha menghadang terik sinaran matahari bagi mengekang fenomena perubahan iklim.
Memetik draf dokumen yang mungkin didedahkan kepada umum akhir minggu ini, projek itu adalah sebagai sebahagian daripada strategi baharunya untuk menangani perubahan iklim, lapor Bloomberg pada hari Isnin.
BACA JUGA: Logo Halal Palsu, KPDN Serbu Kilang Susu Kacang Soya Teluk Intan
BACA JUGA: Ahli Politik Itali Draf Undang-Undang Untuk Tutup Ruang Solat
BACA JUGA: Mahkamah Persekutuan Tolak Undang-Undang Pencen ‘Tidak Berperlembagaan’
Akhbar Brussels akan mengeluarkan laporan yang menilai kesan pemanasan global yang pesat seperti kekurangan air atau makanan dan risiko yang mampu mencetuskan konflik baharu atau gelombang penghijrahan besar-besaran.
Menurut Bloomberg, projek itu akan menumpukan kepada strategi bagi menghalang sinaran matahari atau memesongkannya daripada mencapai permukaan bumi. Namun, EU mungkin beralih kepada pilihan yang lebih radikal seperti menyembur aerosol stratosfera untuk mengurangkan jumlah cahaya matahari sampai ke bumi.
Bloomberg juga menyatakan bahawa pengkritik geo-kejuruteraan telah memberi amaran bahawa kaedah sedemikian mungkin melibatkan kesan sampingan yang tidak dijangka seperti perubahan dalam corak hujan.
Akhbar itu juga mengakui bahawa teknologi sedemikian akan memperkenalkan risiko baharu kepada manusia dan ekosistem, sementara ia juga boleh meningkatkan ketidakseimbangan kuasa antara negara, mencetuskan konflik dan menimbulkan pelbagai isu etika, undang-undang, tadbir urus dan politik.