Antarabangsa

TikTok Akan Perangi Salah Maklumat Tentang Perubahan Iklim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CHINA, 24 April 2023 – Platform media sosial yang dimiliki oleh China, TikTok pada Rabu lalu telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan perangi “maklumat yang salah” berkaitan perubahan iklim.

Dalam kenyataan yang sama, mereka turut mengatakan bahawa pihak mereka akan meningkatkan “maklumat berautoriti” daripada pemeriksa-fakta bebas. Perkara tersebut akan mula berlaku pada 21 April bersempena dengan Hari Bumi.

BACA JUGA: MP DAP Desak Gugurkan Siasatan Dalam Kes Cubaan Bunuh Diri

BACA JUGA: Bazar Ramadan: Dua Aduan Keracunan Makanan Diterima KKM

BACA JUGA: Jangan Hanya Tangkap ‘Bilis’, Rasuah Golongan Atasan Lebih Memudaratkan

Polisi baharu tersebut telah diumumkan menerusi sebuah hantaran blog berkenaan dengan “memacu kesedaran kelestarian” yang diterbitkan sebelum hari yang disambut oleh ahli alam sekitar itu.

Dengan kepercayaan bahawa TikTok “mempunyai peranan penting dalam memperkasakan perbincangan-perbincangan mengenai iklim yang bermaklumat” pada platformnya, syarikat tersebut mengatakan bahawa mereka memulakan “beberapa inisiatif yang akan membantu mengurangkan maklumat salah mengenai perubahan iklim dan mengangkat maklumat yang berautoriti”.

Bermula pada hari Jumaat, segala kandungan dalam platform itu akan diselia ketepatannya oleh “rakan kongsi keselamatan” TikTok.

Maklumat yang dianggap sebagai salah adalah seperti kandungan yang “menafikan kewujudan perubahan iklim, ataupun menafikan faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya perubahan iklim”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: