Antarabangsa

Komuniti Asia Di AS Tebus Guna Simbol Swastika ‘Hitler’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

AMERIKA SYARIKAT, 05 Disember 2022 – Seorang wanita berketurunan India yang kini menetap di New York merasa terkejut setelah menerima sepucuk surat daripada lembaga komuniti bandar New York berkenaan dengan dekorasi beliau bersempena dengan sambutan Deepavali.

Sheetal Deo telah menerima surat yang menyatakan bahawa dekorasi yang dilakukan beliau dalam menyambut Diwali telah dianggap sebagai “menyinggung perasaan”.

Deo telah membuat dekorasi yang berbentuk lambang swastika beserta kata-kata “Happy Diwali”, ketika beliau sedang menyambut festival cahaya bagi penganut agama Hindu.

Lembaga pengurusan bangunan yang dihuni Deo kemudiannya meminta beliau untuk membuang simbol swastika tersebut bagi menjaga semangat keharmonian kejiranan yang terdiri daripada pelbagai komuniti dan agama.

Simbol tersebut sebenarnya telah lama digunakan, bahkan sejak dari zaman prasejarah lagi. Perkataan Swastika berasal dari bahasa Sanskrit dan ianya membawa maksud “kesan kesejahteraan”. Perkataan tersebut turut digunakan di dalam upacara penyembahan sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Hindu tertua, Rig Veda.

Namun kebangkitan parti nasionalis Bharatiya Janata Party (BJP) di India telah mempolitikan simbol swastika tersebut. Ramai cendikiawan serta pemikir India berselisih pendapat mengenai sama ada ideologi pengasas BJP itu berasal daripada doktrin pemikiran Adolf Hitler.

Walaupun simbol tersebut telah digunakan oleh beberapa tamadun di seluruh dunia, namun di Barat, ianya sering dilihat sebagai mewakili Adolf Hitler dan ianya membawa pengertian kebencian berikutan peristiwa Holocaust.

Sejak dari satu dekad yang lalu, pengaruh Asia telah berkembang di Amerika Selatan dan seruan untuk menganggap simbol swastika sebagai sebuah simbol keagamaan yang suci kini semakin marak. Malahan komuniti Orang Asli Amerika juga turut menggunakan simbol tersebut di dalam ritual penyembuhan mereka sejak turun temurun.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: