Agen AS Ketuai Protes Buka Tudung di Iran?
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
AMERIKA SYARIKAT, 27 September 2022 – Seorang wartawan menyuarakan rasa pelik ketika mengulas sedutan sebuah portal barat yang meletakkan Masih Alinejad, pekerja upahan kerajaan Amerika Syarikat (AS), sebagai pencetus gerakan protes membuka tudung yang kian hangat di Iran.
“Idea yang pelik untuk paparkan Alinejad, yang menetap di New York City, sebagai ketua protes di Iran yang secara jelas dibuat atas nama seorang wanita tempatan yang terbunuh dek polis Iran.”
“Alinejad adalah seorang pekerja kerajaan AS yang sering mengadakan pertemuan dengan ahli politik neo-konservatif,” jelas Jacob Silverman, seorang wartawan.
Menurut sedutan portal yang diulas tersebut, Alinejad adalah merupakan individu yang dikatakan bertanggungjawab menyemarakkan kemarahan rakyat Iran terhadap kerajaan sehingga bertindak melakukan protes yang membawa kepada kematian dan keganasan.
Isu melibatkan ‘kewujudan’ Alinejad dalam struktur politik AS ini turut diketengahkan oleh sebuah laman penerbitan antarabangsa yang menjelaskan bahawa Masih Alinejad adalah seorang bekas wartawan Iran yang dibayar oleh kerajaan AS untuk membantu urusan propaganda ketika itu.
Masih Alinejad adalah seorang wartawan dan aktivis hak wanita yang suatu ketika dahulunya bergiat aktif di Iran, sebelum ‘ditendang’ keluar dan kini menetap AS dan secara rasminya bekerja di Voice of America.