Peminat England Laung ‘Bebaskan Palestin!’ Di Siaran Langsung Israel
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
DOHA, 05 Disember 2022 – Seorang wartawan Israel terkedu apabila salah seorang daripada sekumpulan penyokong England melaungkan ‘free Palestine’ ketika ditemu bual baru-baru ini.
Mereka ditemu bual untuk siaran langsung TV Israel selepas kumpulan England meraih kemenangan ke atas Senegal pada pusingan 16 di Piala Dunia Qatar.
Ketika ditemubual, salah seorang daripada mereka, secara spontan telah menjerit “dan yang lebih penting, bebaskan Palestin!”.
English fans to Israeli TV: free Palestine 🇵🇸✊🏽#FreePalestine pic.twitter.com/tTI5DMpWdK
— Husam Zomlot (@hzomlot) December 4, 2022
Jelas tidak selesa dengan tindakan itu, wartawan Israel cuba menguruskan keadaan dengan berkata “bola sepak sahaja”, dan kemudian mengubah soalan lain mengenai pasukan bola sepak Three Lions.
Boikot wartawan Israel telah menjadi trend di Piala Dunia Qatar, apabila kebanyakan pengunjung di serata dunia dilihat menolak untuk ditemu bual oleh wartawan-wartawan Israel.
A thread of World Cup football fans refusing to speak to isreali channels pic.twitter.com/N7NOoZXYPm
— Richard Medhurst (@richimedhurst) November 27, 2022
— Richard Medhurst (@richimedhurst) November 27, 2022
Semalam, Gaza sekali lagi dibom oleh pasukan rejim haram aparteid Israel.
Israel is bombing the world’s largest concentration camp, again. #Gaza pic.twitter.com/s2dOjOrWR3
— CJ Werleman (@cjwerleman) December 4, 2022
Selain itu, tentera Zionis turut menyerang terowong Hamas di selatan Semenanjung Gaza.
Namun perbuatan tak bertamadun itu tidak mendapat tentangan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana kononnya kewujudan terowong itu adalah kesalahan besar terhadap kesaksamaan agensi global itu dan melanggar undang-undang antarabangsa.