Tempatan

Harga Daging Kambing Dijangka Melambung Deepavali Ini?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETOWN, 27 Julai 2022 – Daging kambing dijangka akan mengalami kenaikan harga Deepavali ini susulan daripada permintaan yang tinggi sewaktu tempoh berkenaan, kata seorang penjual kambing, Abdul Kader Mohd Hasan.

Menurutnya, jangkaan kenaikan harga tersebut adalah susulan daripada kekurangan jumlah petani yang menternak kambing dan permintaan yang tinggi daripada pelanggan.

“Bekalan daging kambing berkurang sebab kekurangan penternak tempatan yang menternak kambing.”

“Saya sekarang menjual daging kambing import yang lebih murah berbanding daging kambing tempatan,” jelasnya.

Katanya, daging kambing import dari New Zealand dan Australia dijual pada harga RM55 sekilogram dan menjadi pilihan kebanyakan pengunjung di pasar berbanding harga daging kambing tempatan yang berharga RM65 sekilogram.

Seorang lagi penjual kambing, Mohd Baqir Habib mengatakan bahawa orang ramai kini kurang membeli daging tempatan yang segar berikutan harganya yang mahal.

Mohd Affindi Saad, seorang penternak kambing dan biri-biri di Pengkalan Chepa menjelaskan penjual masih lagi menjual daging kambing pada harga RM40 sekilogram di Kelantan berbanding Lembah Klang yang mencatat harga lebih mahal susulan banyak permintaan.

“Orang ramai di Lembah Klang perlu membeli dengan harga RM50 hingga RM60 sekilogram untuk daging kambing,” jelasnya.

Naib Presiden Persatuan Pemilik Restoran Restoran India Malaysia (PRIMAS), C. Krishnan dalam kenyataannya kepada pihak The Star menyatakan bahawa kari kambing biasa atau varuval kambing kini menjadi hidangan mewah di restoran.

“Kambing tempatan boleh berharga sehingga RM75 sekilogram.”

“Sebab itu kebanyakan restoran menggunakan yang import sejuk beku yang harganya antara RM40 dan RM50 sekilogram sahaja,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: