Antarabangsa

Sekat Ekonomi Rusia – EU

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BRUSSELS, 24 Februari 2022 – Kesatuan Eropah bersetuju dengan sekatan baharu yang akan menyenaraihitamkan lebih banyak orang politik, penggubal undang-undang dan pegawai-pegawai Rusia serta melarang pelabur-pelabur dari Kesatuan Eropah dari melakukan perdagangan dalam bon Rusia dan menyasarkan import dan eksport dengan entiti pemisah.

BACA: Rusia Bakal Serang Ukraine; Seluruh Dunia Cabut Lari Kecuali Rakyat Malaysia

BACA: Di Ambang Perang, Presiden AS Gesa Rakyat ‘Lari’ Dari Ukraine

BACA: Ukraine VS Rusia: Ukraine Diserang Serangan Siber

Ketua Dasar Luar, Josep Borrell menyifatkan pakej sekatan yang telah diluluskan itu akan memberikan impak yang sangat besar malahan akan membuatkan pihak Rusia mengalami kerugian.

“Pakej sekatan ini yang telah diluluskan secara sebulat suara oleh ahli negara akan merugikan Rusia, dan ia akan sangat menyakitkan,” ujar Borrell pada sidang akhbar bersama Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian dalam satu mesyuarat di Perancis.

Walau bagaimanapun, Menteri Luar Kesatuan Eropah itu memilih untuk tidak menyekat Presiden Rusia, Vladimir Putin. Beliau menyatakannya selepas satu mesyuarat yang diadakan di Perancis pada 22 Februari lalu.

Tegasnya lagi, pengiktirafan rasmi Rusia terhadap dua wilayah pemisah di timur Ukraine melanggar kedaulatan Ukraine dan ia tidak boleh diterima.

Dalam satu sidang berlainan pula, Perdana Menteri Estonia, Kaja Kallas menyatakan pada Reuters bahawa tindakan lanjut Rusia dalam menceroboh Ukraine akan mengakibatkan lebih banyak sekatan dalam penyelarasan bersama Amerika Syarikat.

Pakej sekatan itu juga termasuk kepada semua Ahli Dewan Rakyat Parlimen Rusia yang mengundi dan menyokong pengiktirafan wilayah pemisah itu.

Mereka yang memberi sokongan, kesemua aset mereka yang ada di Kesatuan Eropah turut akan dibekukan dan mereka juga dilarang untuk pergi ke blok itu.

Namun, masih belum jelas bilakah waktunya sekatan itu akan berkuat kuasa tetapi para menteri menjangkakan ia akan dilaksanakan dalam beberapa hari, sekaligus akan mendedahkan nama dan butirannya kepada umum.

“Kita akan menyasarkan 27 individu dan entiti yang memainkan peranan untuk menjejaskan dan mengancam integriti wilayah, kedaulatan dan kemerdekaan Ukraine,” kata Borrell.

Ujarnya lagi, individu dan entiti itu berada dalam sektor pertahanan, perbankan dan kewangan Rusia.

“Kita menyasarkan keupayaan negara dan kerajaan Rusia untuk mencapai pasaran dan perkhidmatan modal kewangan kami.”

Bukan itu sahaja, bank yang terlibat dalam membiayai aktiviti pemisah di timur Ukraine juga akan menjadi sasaran.

“Kedua-dua wilayah itu juga boleh dikeluarkan daripada perjanjian perdagangan bebas antara Kesatuan Eropah dan Ukraine bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab merasakan kesan ekonomi hasil daripada tindakan haram dan agresif mereka,” ulas Kesatuan Eropah.

Baru-baru ini, Vladimir Putin telah mengiktiraf kemerdekaan dua wilayah pemisah di Ukraine dan berusaha untuk meningkatkan sokongan terhadap pengiktirafan itu. Ia sekaligus melihatkan tindakan itu sebagai ‘tiket’ untuk menawan Kyiv.

Berikutan keadaan sedemikian, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah berjanji akan mengenakan pakej sekatan ekonomi secara meluas seandainya pencerobohan berlaku.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: