Tempatan

UEC : Perlu Dibincang Jawatan Kuasa Khas Dewan Negara – Dr Rais Yatim

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KENYATAAN MEDIA

ISU UEC PERLU DIBINCANG SEGERA OLEH JAWATANKUASA KHAS SOSIOBUDAYA, KOMUNIKASI DAN PENDIDIKAN DEWAN NEGARA

1. Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim telah mengambil kira tentang isu Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate – UEC) yang telah dibangkitkan oleh Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) baru-baru ini.

2. Oleh itu beliau mencadangkan agar Jawatankuasa Khas Sosiobudaya, Komunikasi dan Pendidikan Dewan Negara yang dipengerusikan oleh YB Senator Tuan Ak Nan a/l Eh Took untuk mengadakan mesyuarat dan berbincang bagi meneliti isu berkenaan dalam masa terdekat ini.

3. Jawatankuasa Khas Sosiobudaya, Komunikasi dan Pendidikan turut dianggotai oleh Senator Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff, Senator Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol, Senator Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian, Senator Datuk Mohd Hisamudin bin Yahaya dan Senator Dato’ Nelson a/l Renganathan.

4. Beliau juga meminta agar Jawatankuasa meneliti segera secara mendalam dan membandingkan percanggahan antara cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh pihak berkenaan dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang dahulu dikenali sebagai Akta Pelajaran 1961 yang diasaskan daripada Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.

5. Isu ini amat perlu diperhalusi secepat mungkin memandangkan banyak kekeliruan berlaku kerana sekiranya isu ini terus dibangkitkan adalah dibimbangi akan membawa kesan negatif kepada gerak kerja nasional pendidikan. Selain itu kemungkinan akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat yang ingin agar isu ini segera dituntaskan.

TAMAT

YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim
Yang di-Pertua Dewan Negara
5 Disember 2022 

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: