Isu Rasuah: Menteri Pengangkutan Singapura Dilarang Bertugas – PM Lee
SINGAPURA, 03 Ogos 2023 – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Hong pada hari semalam telah mengeluarkan kenyataan bahawa Menteri Pengangkutan Singapura telah dilarang bertugas sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Kenyataan tersebut dibuat sewaktu dalam sesi ucapan di parlimen di mana Lee sedang membuat ucapan mengenai skandal yang baru-baru ini telah menggegarkan negara tersebut.
BACA JUGA: Cuaca Panas: Sabah Rekod Kes Kesihatan Terbaru
BACA JUGA: PRN: AS Didakwa Campur Tangan, Malaysia Bakal Duduk Bawah Telunjuk?
BACA JUGA: Bimbang Kos Sara Hidup Naik, Rakyat Malaysia Hilang Harapan Terhadap Ekonomi Negara
Menurutnya lagi, Menteri Pengangkutan, S. Iswaran kini telah diberikan pengurangan bayaran gaji sebanyak $8,500 setiap bulan.
Namun Lee menolak untuk memberikan perincian dan butiran lanjut mengenai penyiasatan yang sedang dijalankan itu.
Ujarnya, setelah penyiasatan itu selesai, Biro Penyiasatan Rasuah (CPIB) akan menghantar laporan penemuan mereka kepada Jabatan Peguam Negara yang mana jabatan tersebut akan menentukan tindakan yang selanjutnya.
Menurut Lee lagi, kejadian sedemikian yang melibatkan para menteri adalah jarang-jarang berlaku. Beliau turut menegaskan bahawa partinya, People’s Action Party (PAP) sama sekali tidak akan bertoleransi terhadap rasuah.