Tempatan

156 Kes Berprofil Tinggi, Lebih 60% Babitkan Ahli Politik – SPRM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 05 Julai 2023 – Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka 156 kes berprofil tinggi dan 60 peratus daripadanya membabitkan ahli politik.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai berkata kertas siasatan tersebut melibatkan kes dari 2020 hingga 8 Jun lalu.

Ujarnya, dalam tempoh itu, BOK berjaya mendakwa 91 individu melibatkan 211 tangkapan dan 454 pertuduhan dibawa ke mahkamah.

Menurut beliau, dalam tempoh tiga tahun, Kerajaan mendapat hasil lebih RM10 juta menerusi perlucutan harta dan kompaun lebih RM128 juta.

BACA JUGA: Malaysia Desak Majlis Keselamatan PBB Tuntut Zionis Hentikan Jenayah Kejam

BACA JUGA: Makan Daging Dijangkiti, 1 Maut, Puluhan Disahkan Positif Antraks

BACA JUGA: 197 Kawasan Hotspot Bencana Alam Dikenal Pasti Di Perak

“Jadi dalam tempoh tiga tahun sahaja, kita berjaya mengumpul RM139 juta kepada Kerajaan. Tak semestinya kita (SPRM) perlu membawa penjenayah untuk ke mahkamah sebaliknya kita ada pendekatan yang lebih baik untuk menambah hasil kepada Kerajaan,” tambahnya lagi.

Kang Sai turut menjelaskan, tugas menyiasat transaksi kewangan golongan berprofil tinggi dan kes berkepentingan awam menjadi sukar terutamanya apabila wang dipindahkan ke akaun luar negara kerana setiap negara mempunyai undang-undang berbeza bagi melindungi sistem perbankan mereka.

Kata beliau, bank dan institusi terbabit berhak menolak kerjasama dan tidak menyerahkan maklumat mengenai akaun yang disiasat.

“Berikutan itu, kita dapat lihat kebanyakan bukti berkaitan jejak kewangan yang dibawa ke mahkamah hanya melibatkan bank dan institusi kewangan tempatan sahaja.”

Mengulas lanjut, antara kes berprofil tinggi yang disiasat BOK dalam tempoh tersebut adalah Op Mitra, Op Hire dan Op Marii yang melibatkan penyalahgunaan dana, maklumat palsu dan pertuduhan menerima rasuah bernilai jutaan ringgit.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: