Tempatan

Kes Rasuah: Bung Mokhtar & Zizie Izette Diarah Bela Diri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 September 2022 – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad diarah untuk membela diri atas pertuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan Felcra Berhad.

Hakim, Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Bung Moktar, 64, dan Zizie Izette, 44, di akhir kes pendakwaan.

Bung Moktar, 64, didakwa atas dua tuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan FELCRA untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu didakwa menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid, melalui Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati, antara jam 12.30 tengah hari hingga 5 petang 12 Jun 2015.

Terkini, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah, setelah Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintah mereka membela diri terhadap pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: