Tempatan

Kulasegaran Dedah ‘Pegawai’ Sivakumar Terpalit Rasuah, Bermasalah & Pernah Dipecat 15 Tahun Lampau

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IPOH, 29 Mei 2023 – “Seorang daripada lima pegawai Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang ditamatkan kontrak susulan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah guna kuasa, telah pun dipecat dari jawatan yang sama 15 tahun lalu ekoran ‘banyak salah laku’,” dedah mantan Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran.

Ujarnya kepada sebuah portal tempatan, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar turut mengetahui bahawa pegawai terbabit juga adalah lantikan politik dan bekerja di pejabat Ahli Parlimen Ipoh Barat pada 2008.

BACA JUGA: 50% Ladang Ayam Diancam Muflis

BACA JUGA: Individu Perolokkan Allah, Pendakwah Gesa PDRM Ambil Tindakan

BACA JUGA: Sabah Diiktiraf Sebagai Tapak UNESCO Triple Crown, Ketiga Di Dunia

Hal ini kerana pada waktu itu, V Sivakumar merupakan Setiausaha Politiknya dan oleh itu beliau mengetahui punca mengapa pegawai itu dipecat daripada jawatan terbabit.

“Apabila Sivakumar melantik pegawai itu, dia tidak pernah berunding dengan saya. Tetapi menteri mempunyai prerogatifnya sendiri dan saya tidak boleh campur tangan.”

“Jadi, apabila saya jumpa dia (Sivakumar selepas pelantikan), saya tanya: “Mengapa anda ambil pegawai yang telah kami singkirkan? Proses membuat keputusan (dalam pelantikan) salah,” ujarnya.

Awal Mei baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar mengesahkan lima pegawainya telah dipecat berhubung skandal rasuah dan salah guna kuasa yang turut menyaksikan dua daripada mereka ditahan, manakala seorang lagi ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Ada yang ditamatkan kontrak kerana terkait siasatan SPRM. Sementara ada juga kerana prestasi kerja,” kata satu sumber kepada sebuah portal tempatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: