Antarabangsa

Firma Arab Saudi Dan Korea Selatan Meterai Perjanjian Perdagangan Bernilai RM132 Bilion

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOREA SELATAN, 19 November 2022 – Pemimpin dari dua negara, Arab Saudi dan Korea Selatan telah memeterai ikatan yang lebih kukuh dalam bidang tenaga, industri pertahanan serta projek-projek pembinaan.

Berdasarkan hubungan dan ikatan tersebut, Arab Saudi telah bersetuju untuk menjalankan urusan perdagangan yang bernilai kira-kira $30 bilion (RM132 bilion) bersama syarikat-syarikat di Korea Selatan.

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol menyatakan kepada Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman bahawasanya beliau berharap kedua-dua negara tersebut dapat meluaskan lagi kerjasama mereka.

Presiden itu juga menyifatkan Arab Saudi sebagai rakan perniagaan yang penting terhadap ekonomi serta keselamatan tenaga negara tersebut.

Yoon berpeluang untuk berbicara dengan Putera Mahkota dari negara Timur Tengah tersebut di ibu negara Korea Selatan, Seoul.

Presiden itu turut berharap agar syarikat-syarikat dari Korea Selatan akan terlibat dalam beberapa projek besar di Arab Saudi seperti projek bandar pintar NEOM, selain daripada kerjasama lanjutan di dalam industri pertahanan dan tenaga seperti hidrogen.

Manakala Putera Mohammed pula telah mengakui peranan perniagaan dari pihak Korea Selatan bagi pembangunan infrastruktur di Arab Saudi serta berharap dapat melihat hubungan yang lebih erat di antara dua negara tersebut atas dasar kepercayaan yang telah dibina.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: