Antarabangsa

Saudi Jemput Sekumpulan Yahudi Masuk Kota Madinah, Tanam Kurma Ajwa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MADINAH, 29 Mac 2023 – Warga Saudi telah menjemput sekumpulan Yahudi masuk ke kota kedua suci umat Islam, Madinah Al-Munawwarah bagi menanam pokok kurma ajwa buat pertama kali di tanah itu.

Lapor portal antarabangsa, jemputan tersebut dibuat seorang pemilik tanah persendirian Saudi sebagai tanda persahabatan dan muhibah kepada ahli agama Abrahamik yang lain iaitu Yahudi dan Kristian.

Rombongan itu diketuai jurubank Yahudi, Rick Sopher dari London dan setiap orang dijemput menanam sebatang anak pokok kurma ajwa yang berasal dari Madinah.

Media menyebut, berikutan pembersihan diraja Saudi yang berlaku pada 2017 dan pemeteraian Perjanjian Abraham pada 2020, sikap kedua-dua negara, Saudi dan pendudukan haram Israel semakin melebar sekali gus membolehkan kemasukan orang Yahudi lebih bebas untuk ‘membangunkan keharmonian antara agama’ melalui kerjasama dan perbincangan agama.

BACA JUGA: Kabinet Tidak ‘Approve’ Surat Tommy Thomas Kepada Waris Sulu

BACA JUGA: Cipta Sejarah, Hakim Muslimah Berhijab Pertama Dilantik Di New Jersey

BACA JUGA: Peniaga Bas Boleh Naikkan Tambang 10 Peratus Musim Raya

Semasa acara penanaman pokok itu berlangsung, Rick Sopher berkata, “Jika sesiapa memberitahu saya, lima atau sepuluh tahun lalu bahawa saya akan dapat datang ke Arab Saudi, dengan pengetahuan bahawa saya seorang Yahudi bersama kawan-kawan yang juga Yahudi, saya susah untuk mempercayai mereka.”

“Tetapi bukan sahaja dapat datang ke Saudi, tetapi diterima dengan cara yang mesra dan senang adalah sesuatu yang mengagumkan. Bukan hanya Arab Saudi, tetapi untuk sampai ke Madinah Almunawarah, kota yang mempesonakan, adalah sesuatu yang mengharukan.”

Pada masa sama, Justin Cohen, seorang editor berita pro-Israel dilaporkan menjadi sebahagian daripada misi mencari fakta di sebuah lokasi di Madinah ‘untuk meneroka perubahan sosial dalam negara, hubungan Yahudi-Kristian dan kemungkinan hubungan lebih erat dengan Israel’.

Cohen berkata, “1,400 tahun selepas seorang Yahudi kali terakhir menanam pokok kurma di sini, kami melakukan perkara yang sama menerima Shehecheyanu (berkat) untuk menandakan peristiwa itu.”

Sebelum ini, undang-undang Saudi yang melarang orang bukan Islam memasuki Madinah telah dilonggarkan pada 2021, membolehkan pelancong bukan Islam melawat bandar itu dan naik ke pagar perimeter Masjid Nabawi.

Tahun lalu, pihak berkuasa Saudi telah menjemput 50 ketua perniagaan Yahudi pro-Israel melawat Masjid Nabawi dan seorang pelancong negara haram itu juga menceroboh masuk ke Mekah melanggar larangan orang bukan Islam memasuki kota suci itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: