Antarabangsa

Arab Saudi Bakal Derma Lebih RM20 Juta Untuk Dana Pandemik Dunia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RIYADH, 17 November 2022 – Arab Saudi akan mendermakan sekitar USD 50 juta kepada tabung Dana Pandemik dunia sebagai salah satu usaha negara tersebut dalam mengelakkan sebarang pandemik pada masa akan datang.

Kenyataan tersebut telah dibuat menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Saudi Press Agency pada Rabu lalu.

Pengumuman mengenai derma mega tersebut telah dibuat ketika berlangsungnya Sidang G20 di Bali oleh Menteri Luar Saudi, Putera Faisal bin Farhan bagi pihak Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Tindakan pemberian derma tersebut telah mendapat pujian daripada mereka yang menyertai persidangan G20 itu berikutan usaha negara Timur Tengah itu dalam mengurangkan halangan dalam prosedur tindak balas pandemik.

Dana Pandemik tersebut akan menyediakan khidmat bantuan kewangan bagi negara-negara membangun bagi membantu mereka melakukan tindak balas terhadap pandemik.

Selain itu bantuan kewangan yang disediakan turut bertujuan bagi negara-negara membangun menjalankan usaha mereka bagi mengelak daripada berlakunya sebarang pandemik pada masa akan datang.

Dana tersebut turut digunakan bagi tujuan pembiayaan makmal, pengawasan penyakit, komunikasi dan pemgurusan kecemasan, inisiatif penglibatan ahli komuniti serta pembangunan tenaga kerja kesihatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: