Antarabangsa

Tiga Dos Sahaja Tak Cukup, Korea Selatan Mulakan Dos Keempat Vaksin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEOUL, 15 Februari 2022 – Korea Selatan memaklumkan akan mula memberikan dos keempat vaksin COVID-19 bulan ini berikutan penularan varian Omicron.

Ia merupakan dos kedua bagi suntikan dos penggalak.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Menurut Menteri Kesihatan, Kwon Ddeok-Cheol, individu dalam kalangan berisiko termasuk mereka yang berada di rumah jagaan dan fasiliti kesihatan serta mereka yang mempunyai imunisasi rendah akan menjadi golongan pertama mendapatkan suntikan keempat dos vaksin COVID-19.

“Kami bercadang untuk memberikan suntikan keempat kepada mereka yang tinggal di rumah jagaan dan kemudahan penjagaan serta mereka dengan imunisasi yang merosot, berikutan peningkatan jangkitan, baru-baru ini, dalam kalangan orang berumur 60 tahun ke atas.”

Selain itu, jutaan kit ujian kendiri juga akan dibekalkan kepada rakyat dalam usaha untuk mengurangkan kes jangkitan koronavirus tersebut.

Kerajaan Korea Selatan mula mengehadkan pelaksanaan ujian PCR kepada kumpulan berisiko tinggi susulan Omicron menjadi dominan bulan lalu, manakala individu lain perlu menjalani ujian antigen pantas menggunakan kit yang dijual di kedai, atau diberikan secara percuma di pusat kesihatan awam.

Di samping itu, mereka juga merancang menyediakan 190 juta kit ujian kendiri untuk bulan depan, iaitu dua kali ganda berbanding bekalan bulan ini.

Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) melaporkan 54,619 kes baharu COVID-19 di negara itu semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Korea Selatan kepada 1,405,246, selain 21 kematian menjadikan keseluruhan 7,102.

Dalam berita berlainan, agensi kesihatan awam Sweden mengesyorkan pemberian dos keempat vaksin COVID-19 untuk warga emas berusia 80 tahun ke atas serta mereka yang berada di rumah jagaan dan mereka yang menerima penjagaan di rumah.

Cadangan diutarakan berikutan peningkatan jangkitan kes beberapa minggu kebelakangan ini di negara tersebut.

Paling awal suntikan itu perlu diambil empat bulan selepas dos sebelumnya, kata agensi itu.

Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin sebelum ini menegaskan semua rakyat terutama penerima Sinovac dan individu yang berusia 60 tahun ke atas untuk mendapatkan dos penggalak sebelum 1 Mac 2022.

Jika gagal, status vaksin penuh berwarna kuning akan bertukar kepada warna putih sekaligus mengehadkan pergerakan individu disebabkan oleh Prosedur Operasi Standard (SOP).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: