Antarabangsa

Seludup Monyet Ke AS, Pegawai Kemboja Berdepan Hukuman Penjara 145 Tahun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MIAMI, 19 November 2022 – Lapan individu, termasuk pegawai hidupan liar Kemboja berdepan hukuman penjara sehingga 145 tahun atas kesalahan menyeludup spesis monyet terancam, long-tailed macaques ke Amerika Syarikat.

Mereka tertangkap di New York ketika dalam perjalanan menghadiri persidangan melindungi spesies terancam, Konvensyen Perdagangan Antarabangsa bagi Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam di Panama.

Antara yang ditahan adalah Timbalan Pengarah Hidupan Liar dan Biodiversiti di Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Kemboja, Masphal Kry dan Ketua Pengarah Pentadbiran Perhutanan Asia Tenggara, Omaliss Keo.

Mereka berdua bersama enam individu dari syarikat berpangkalan di Hong Kong, Vanny Resources Holdings (Vanny) terbabit dalam pembiakan monyet untuk penyelidikan saintifik dan akademik, membekalkan haiwan berkenaan ke makmal di Florida dan Texas.

Menurut dakwaan, pengasas dan pemilik Vanny, James Man Sang Lau, 64, dan Pengurus Besar Vanny, Dickson Lau, 29, yang beroperasi dari Hong Kong, memiliki dan menguruskan beberapa syarikat yang bersekongkol dengan pengumpul dan pegawai di Kemboja untuk mendapatkan monyet liar dan mengeksportnya ke AS.

Monyet ekor panjang itu dibawa dari taman negara dan kawasan perlindungan lain di Kemboja ke kemudahan pembiakan yang mana mereka diberikan permit eksport palsu.

Makmal terbabit juga dipercayai cuba membeli haiwan liar itu secara haram berikutan kekurangan monyet daripada spesis dilindungi itu bagi operasi pembiakan mereka.

Pegawai Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Kemboja dipercayai menerima bayaran tunai AS$220 (RM999) bagi seekor monyet ekor panjang sebagai pertukaran untuk kuota kutipan 3,000 monyet ‘tidak rasmi’.

Long-tailed macaques atau monyet ekor panjang adalah haiwan yang dilindungi mengikut undang-undang perdagangan antarabangsa dan permit khas diperlukan untuk mengimport haiwan berkenaan ke AS.

“Monyet itu diiktiraf sebagai spesies terancam oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi,” kata Peguam AS bagi Daerah Selatan Florida, Juan Antonio Gonzalez dalam satu kenyataan.

“Perbuatan membawa haiwan itu secara haram dari habitat mereka untuk dibawa di makmal adalah sesuatu yang perlu kita hentikan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: