PRU-15

SPR Gantung Pusat Undi Di Baram, Sarawak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BARAM, SARAWAK, 19 November 2022 – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menggantung pengundian di 11 Pusat Mengundi di Parlimen P. 220 Baram, Sarawak.

Hal ini berikutan keadaan cuaca yang tidak baik serta menyebabkan petugas tidak dapat sampai ke tempat bertugas sama ada melalui laluan udara, darat dan air, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan media hari ini.

11 Pusat Mengundi dan Saluran Mengundi yang digantung adalah seperti berikut:

1. Sekolah Kebangsaan Long Naah (Saluran 1 dan 2);
2. Sekolah Kebangsaan Long Luteng (Saluran 2);
3. RH TK Matthew Belulok Lalo Kpg. Lepo Gah (Saluran 1 dan 2);
4. Sekolah Kebangsaan Long Sait (Saluran 2);
5. Sekolah Kebangsaan Long Tungan (Saluran 1 dan 2);
6. Sekolah Kebangsaan Long Moh (Saluran 1 dan 2);
7. Sekolah Kebangsaan Long Mekabar (Saluran 1);
8. Sekolah Kebangsaan Long Jekitan (Saluran 1 dan 2);
9. Sekolah Kebangsaan Long Lamei (Saluran 2);
10. Sekolah Kebangsaan Lio Mato (Saluran 1 dan 2);
11. Sekolah Kebangsaan Long Banga (Saluran 1 dan 2);

“Tarikh baharu pengundian bagi Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) akan dimaklumkan kelak setelah keadaan selamat,” kata beliau lagi.

Samudera.my melaporkan, pagi tadi, proses pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di kawasan dilanda banjir di Parlimen Baram berjalan mengikut jadual walaupun beberapa pusat mengundi terpaksa dipindahkan selepas dinaiki air.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: