PRU-15

Portfolio Exco Kerajaan Perak Akan Diputuskan Hari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA KANGSAR, 23 November 2022 – Portfolio bagi kesemua Exco Kerajaan Negeri Perak yang dilantik pada Selasa akan diketahui hari ini, lapor sebuah portal berita tempatan.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada semalam berkata, mesyuarat pertama Exco tersebut akan diadakan hari ini bagi menentukan portfolio-portfolio setiap Exco pada jam 9 pagi yang bertempat di pejabat Exco masing-masing.

Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, katanya sewaktu ditemui selepas mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Negeri di sini, semalam.

Semalam, beliau mengatakan bahawa penentuan bagi Exco dalam memegang portfolio yang mana masih belum diputuskan.

Pada Selasa, 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Exco di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Kelmarin, Sultan Perak memperkenankan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk bersama-sama membentuk Kerajaan Negeri Perak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: