PRU-15

Parlimen Tergantung Dijangka Jejas Ekonomi & Nilai Ringgit

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

PETALING JAYA, 23 November 2022 – Situasi Parlimen tergantung dijangka memberi impak buruk kepada ekonomi dan nilai ringgit Malaysia.

Ia dapat dilihat menerusi kejatuhan nilai ringgit dan pasaran saham yang merudum ketika ini, kata pensyarah ekonomi Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Dr Barjoyai Bardai.

“Apabila Kerajaan tidak dapat ditubuhkan, ini menyebabkan keresahan semua pihak.”

“Ini pernah berlaku kepada Belgium apabila Parlimen tergantung sehingga dua tahun dan menjadi kerajaan minoriti, pasaran saham menurun kerana mengambil kira sentimen ketika itu,” katanya.

Walaupun ia bersifat jangka pendek, Profesor Barjoyai menegaskan kelewatan penubuhan Kerajaan akan memberi kesan kepada Bajet 2023.

“Bajet 2023 tidak dapat berfungsi ketika ini kerana belum diluluskan di Parlimen dan perlu dibentangkan semula. Wujud kerisauan Kerajaan tidak cukup masa bentang sebelum akhir tahun ini supaya semua peruntukan dapat dilaksanakan tahun depan,” jelasnya.

Pandangan ini juga dipersetujui oleh penganalisis ekonomi, Profesor Madya Dr Mohd Yusof Saari, yang berkata situasi Parlimen tergantung akan memberi kesan kepada penggubalan dasar dan perundangan.

“Jika Parlimen tergantung, maka tergantunglah penggubalan dasar dan perundangan negara.”

“Contoh yang mudah adalah Bajet 2023 perlu dibentangkan semula oleh Kerajaan baharu. Jika tidak mendapat kelulusan Parlimen, bagaimana penggunaan wang Kerajaan untuk pembayaran gaji perkhidmatan awam, bantuan tunai, perbelanjaan pembangunan boleh digunakan.”

“Jika Parlimen tergantung, ia juga tidak baik kepada imej negara dan prospek pelaburan asing.”

Nilai ringgit dan pasaran saham merudum sejak Sabtu lalu, apabila keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menyaksikan tiada satu parti yang meraih majoriti mudah untuk melantik Perdana Menteri dan membentuk Kerajaan Persekutuan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: