Antarabangsa

Tentera Yaman Berjaya Halang Kapal Minyak Asing Jarah Sumber Minyak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YAMAN, 23 November 2022 – Anggota tentera Yaman berjaya menghalang kapal tangki minyak asing daripada mencuri sumber minyak yang amat diperlukan negara tersebut, lapor berita antarabangsa.

Menerusi ciapan di laman Twitter, jurucakap angkatan bersenjata Yaman, Brigedier Jeneral Yahya Sare’e berkata, “Angkatan bersenjata Yaman berjaya memaksa kapal minyak yang cuba sampai ke pelabuhan Al-Dhaba di selatan negara itu, untuk pergi meninggalkannya.”

Tambahnya, tentera Yaman segera mengambil tindakan apabila mendapati pihak musuh tidak mengendahkan amaran yang diberikan semasa dalam misi menyeludup minyak dalam kuantiti yang besar.

Jelasnya, “Angkatan bersenjata Yaman terus mempertahankan khazanah negara yang berdaulat supaya pendapatannya dapat digunakan untuk memberi manfaat kepada rakyat Yaman dan membayar gaji setiap pekerja di seluruh wilayah Yaman.”

Mengulas lanjut, kejadian ini bukan kali pertama tentera Yaman berjaya menghalang kapal asing daripada mencuri bekalan minyak negara itu.

Kurang dua minggu lalu, tentera negara berkenaan berjaya menahan sebuah kapal tangki minyak asing di perairan selatan wilayah Shabwah yang cuba menyeludup ratusan ribu tong minyak dari negara Arab itu.

Beberapa mesej amaran telah dikeluarkan untuk membela nasib rakyat Yaman. Yahya Sare’e juga memaklumkan, “Kami memperbaharui amaran kami kepada semua syarikat untuk mematuhi sepenuhnya keputusan pihak berkuasa di Sana’a dan mengelakkan daripada menyumbang kepada kecurian minyak.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: