Tempatan

Dakwa Rayuan Kalimah Allah Digugurkan Kerana DAP, Saifuddin Tegur Muhyiddin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALOR SETAR, 02 Ogos 2023 – Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail membidas kenyataan Muhyiddin Yassin yang mendakwa bahawa rayuan kalimah Allah digugurkan kerana tekanan daripada DAP.

Lapor media tempatan, Pengerusi Perikatan Nasional itu dikatakan telah membawa isu ‘Allah’ dalam kempen Pilihan Raya Negeri bahkan Saifuddin menuduhnya mengabaikan nasihat Raja-Raja Melayu supaya tidak mempolitikkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

“Jika seorang pemimpin politik Melayu Islam tidak boleh menghormati nasihat Raja-Raja Melayu, mereka (Raja-Raja) tidak akan dihormati oleh rakyat,” ujar beliau dalam sebuah sidang media baru-baru ini.

BACA JUGA: Muslim Leka Berpolitik, Ada Pihak Cuba Jatuhkan Perundangan Syariah – Peguam

BACA JUGA: Pemuda Singapura Didakwa Tendang Warga Emas Etnik India

BACA JUGA: Penduduk Warga Asing Meningkat 3 Juta Dalam Negara

Terdahulu, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri 1986 untuk melarang penggunaan perkataan ‘Allah’, Baitullah,’, ‘Solat’ dan ‘Kaabah’ oleh orang bukan Islam sebagai satu kesilapan.

Kerajaan telah memfailkan rayuan pada 18 April 2023, namun Jabatan Peguam Negara yang mewakili KDN memberitahu bahawa ia tidak mahu meneruskan kes itu.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, semasa beliau menjadi menteri dalam negeri kerajaan Pakatan Harapan 2018-2022, DAP mahu beliau tidak membenarkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengenai penggunaan kalimah Allah oleh Jill Ireland.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: