Tempatan

Kalimah Allah: Keharmonian Lebih Penting Daripada Tegakkan Hak – Mat Sabu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Mei 2023 – “Sebab itu kalau ada mana-mana pihak yang mengatakan mereka berhak menggunakan nama Allah dan sebagainya, itu pergi kepada soal hak dan hukum. Saya tak mahu sentuh hal itu boleh tak boleh.”

“Yang saya nak sentuh di sini keharmonian yang ada selama ini terus perlu dipelihara dan inilah masyarakat yang ada di Malaysia, hormat menghormati dan dia ada juga pantang larang tertentu dan terjalin begitu lama,” kata Presiden AMANAH Mohamad Sabu, mengulas isu kalimah Allah yang hangat diperkatakan sekarang ini.

BACA JUGA: Pahang Minta JAIP, JAKOA Bantu Selesai Isu Hak Jagaan Anak Orang Asli

BACA JUGA: Ribut Kencang Langgar Kota Bharu

BACA JUGA: Tanpa Jawatankuasa, Tanah Rizab Melayu Kedah Terus Meningkat

Berkata lanjut beliau turut membandingkan sikap rakan-rakan bukan Islam dalam isu minum arak di mana kata beliau, “Saya mempunyai rakan bukan Islam yang agak ramai, mereka tak pernah minum arak di hadapan saya. Walaupun saya tahu mereka itu kaki minum arak.”

“Minum arak itu hak mereka. Kalau agama mereka tidak melarang, their rights untuk minum.”

Justeru, kata Mohamad Sabu, kalau ada unsur baru yang masuk, yang boleh memecahkan keharmonian ini, saya tidak gembira lah sebab soal pantang larang, keharmonian, menghormati amalan-amalan agama Islam dan juga kita memahami amalan-amalan agama lain, inilah keharmonian yang wujud sejak sebelum merdeka sehingga sekarang.

“Kalau ada unsur baru nak masuk cara hitam putih bertulis, tak apalah itu dari sudut rights dan sebagainya, bagi saya, keharmonian, kesefahaman, keterjalinan persahabatan, itu lebih penting daripada mengatakan, ‘ini hak kami’, ‘ini hak aku’ dan daripada kita menegakkan perkara-perkara seperti itu.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: