Politik

Ismail Sabri Akan Teruskan CSA Dengan Komponen Pembangkang Terbesar?

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 24 Ogos 2021 – Satu sumber dalaman memaklumkan Perdana Menteri Ke-9, Ismail Sabri akan meneruskan komitmen untuk memastikan kerajaan baharunya mampu ditadbir dengan lebih stabil melalui beberapa tawaran yang pernah ditawarkan kepada pihak pembangkang.

Ia termasuk Perjanjian Keyakinan & Perbekalan (Confidence and Supply Agreement – CSA) dengan salah sebuah parti pembangkang dengan sokongan yang besar.

CSA itu dimaklumkan pernah ditawarkan di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kestabilan politik menjadi isu fokus yang perlu ditangani Perdana Menteri baharu ini dengan segera untuk membolehkan pelbagai dasar dan perancangan yang telah dibuat dapat digerakkan tanpa banyak halangan.

Awal bulan lalu, Ahli Parlimen DAP Damansara, Tony Pua pernah menyentuh mengenai CSA yang ditawarkan Muhyiddin Yassin.

Beliau menjelaskan di dalam satu sesi temubual atas talian, jika ada kecenderungan untuk pihak pembangkang bersetuju dengan CSA, ia adalah dalam bentuk pendekatan perbincangan mengenai bil-bil yang akan dibawa di dalam pembentangan belanjawan negara di Parlimen nanti dan bukan di dalam bentuk perjanjian-perjanjian tertentu.

“Semuanya akan dibuat dalam bentuk bertulis. Bukan dalam bentuk perjanjian atau dalam bentuk CSA, tetapi dalam bentuk persetujuan bil-bil yang akan dikemukakan oleh Kerajaan semasa pembentangan di Parlimen bulan Oktober nanti.”

Kenyataan Tony Pua ini dinyatakan dalam sebuah video bertajuk Wacana Bersih 2.0: Reform Agenda and Vote of Confidence in Parliament.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button