Tempatan

Orang Melayu Islam Semakin Tertindas Di Raub, Minta Kerajaan Kaji Balik – Dato’ Fakrunizam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAUB, 14 Julai 2023 – “Saya minta kerajaan Negeri tolong kaji balik untuk kebaikan orang-orang Melayu dan Islam kat Pahang ini. Minta pemimpin di atas, tolong utamakan bangsa Melayu yang semakin ditindas kat Raub ini.”

Ini tuntutan Dato’ Hj Mohd Fakrunizam B Hj Ibrahim, Pengerusi Anti Diskriminasi Dan Salah Laku dalam satu himpunan di mana lebih 50 wakil NGO bersama Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) bersama-sama membuat laporan polis ke atas pimpinan DAP yang menyokong pencerobohan tanah secara haram di Raub dan penceroboh-penceroboh durian haram di Raub.

BACA JUGA: Penceroboh Musang King: Pesalah Dibela Sampai Jadi Hero Oleh Orang Politik – Ustaz Masridzi Sat

BACA JUGA: Kuliah Ustaz Azhar Idrus Disekat Pihak Tertentu

BACA JUGA: 8 Plaintif Akan Kemukakan Laporan Perubatan, Sebagai Bukti Prasarana Cuai

Berikutan kes ini yang menunjukkan seorang Ahli Parlimen DAP bersungguh mempertahankan penceroboh haram tanah di Raub, beliau berharap agar rakyat membuka mata tentang siapa DAP yang sebenarnya.

“Saya harap penjelasan ini banyak membuka mata pihak-pihak di luar sana siapa DAP sebenarnya, apa yang mereka buat dalam membantu penjenayah, apa yang mereka buat untuk membantu bangsa mereka dan apa yang mereka buat sampai menekan orang-orang Melayu dan orang-orang Islam kat Raub ini.”

“Kaum Melayu pun ada minta tanah berpuluh-puluh tahun tapi tak dapat. Kenapa golongan ini dipermudahkan untuk mendapat tanah? Jangan kata mereka berjasa kepada rakyat. Ni kat belakang saya ni bekas-bekas tentera ni. Utamakan mereka yang berjuang untuk negara, memerah keringat, air mata, darah, untuk kemerdekaan negara ini.”

“Ini yang kita perlu tengok! Pemimpin di atas, tolonglah jaga amanah,” kata Dato’ Hj Mohd Fakrunizam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: