“Berat Sama Dipukul”, Calon PH Kluang Berterima Kasih Atas Teguran
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KLUANG, 15 November 2022 – Calon Pakatan Harapan (PH) yang juga penyandang kerusi Parlimen Kluang, Wong Shu Qi mengucapkan terima kasih atas teguran susulan kesalahan ejaan “berat sama dipukul” dalam papan iklan parti itu.
Baru-baru ini, tular sekeping gambar yang menunjukkan sebuah papan iklan PH mengandungi kesalahan ejaan dalam peribahasa yang digunakan sehingga mendapat kecaman warganet.
Peribahasa itu yang sepatutnya berbunyi “berat sama dipikul, berat sama dijinjing” itu mengandungi kesilapan yang ketara serta membawa maksud yang berbeza.
Berikutan itu, Jumaat lalu, PH menurunkan papan iklan tersebut dua jam selepas ia dipasang setelah menyedari kesilapan berkenaan.
“Kami mengakui kesilapan ini dan ia adalah kesilapan menaip perkataan terbabit,” jelasnya ahli DAP itu lagi.