Tempatan

Jaga-Jaga, Amaran Ribut Petir Untuk Kelantan, Terengganu, Sabah Pula

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Mac 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi empat negeri dan dua Wilayah Persekutuan pada tengahari ini.

METMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan berikutan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga pukul 4:00 petang ini.

Antara kawasan yang terlibat adalah Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai) dan Terengganu (Hulu Terengganu).

BACA JUGA: TERKINI! Mahkamah Tinggi KL Bebaskan Najib & Arul Kanda Dari Tuduhan

BACA JUGA: Kerajaan Pergiat Usaha Bina Bailey Bridge

BACA JUGA: Operasi Aerotrain KLIA Dihentikan Serta Merta

Selain itu, keadaan yang sama juga dijangka berlaku di Selangor (Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tambah kenyataan itu, hujan lebat berserta ribut petir turut diramalkan berlaku di Sabah membabitkan kawasan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Sandakan dan Kudat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.”

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” tambahnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: