Terkini

WASPADA: Hujan Lebat Berterusan Bakal Ancam Utara Semenanjung Selama Seminggu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Disember 2022 – Hujan lebat berterusan dijangkakan akan bermula di timur Sabah, pantai timur dan utara Semenanjung bagi tempoh 1 hingga 5 Disember 2022 ini.

Menurut kenyataan dari Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), fenomena itu disebabkan oleh angin timuran yang kencang dari barat Lautan Pasifik.

Screenshot-2022-12-01-092332.png?resize=780%2C413&is-pending-load=1#038;ssl=1

Selain itu, satu sistem cuaca bertekanan rendah dijangka terbentuk di Laut China Selatan pada 2 Disember 2022. Sistem ini diramal bergerak ke arah barat merentasi sempadan Malaysia – Thailand menuju ke Laut Andaman pada 3 hingga 4 Disember 2022.

“Kewujudannya boleh meningkatkan intensiti hujan. Ombak besar dan angin kencang turut dijangka melanda pesisir pantai serta perairan Kelantan dan Terengganu. Keadaan ini adalah berbahaya kepada sebarang aktiviti pantai dan laut.”

Justeru, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) melibatkan timur Sabah, pantai timur dan utara Semenanjung dalam tempoh 1 sehingga 4 Disember 2022.

“Orang awam di kawasan terlibat dinasihatkan untuk lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan. MET Malaysia sentiasa memantau dan memaklumkan perkembangan sistem ini dari semasa ke semasa melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, dan media sosial rasmi. Talian hotline MET Malaysia 1-300- 22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” kata agensi itu lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: