Tempatan

AIR SELANGOR: 397 Lagi Kawasan Bakal Tak Ada Air

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 11 Ogos 2022 – Para pengguna di sejumlah 397 kawasan di tiga wilayah Air Selangor iaitu Petaling (3 kawasan), Kuala Lumpur (172 kawasan) dan Hulu Langat (222 kawasan) bakal mengalami gangguan bekalan air bermula pada jam 10:00 pagi, 11 Ogos 2022.

Ini disebabkan oleh arahan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) pada jam 4:30 pagi, 11 Ogos 2022 berikutan insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Karak, Pahang akibat daripada kes kemalangan di Lebuhraya Karak-Bentong KM75.9 menuju Kuala Lumpur semalam, maklum Air Selangor dalam Facebooknya.

LRA Langat 2 dijangka akan mula beroperasi semula pada jam 3:30 petang, 11 Ogos 2022 bagi membolehkan proses rawatan air mentah dimulakan. Bekalan air terawat dijangka akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat apabila sistem agihan bekalan air telah distabilkan.

Senarai kawasan yang mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti yang dipaparkan:

“Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal.”

“Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas,” katanya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: