Tempatan

Perumahan Dimasuki Gajah, Setelah 10 Tahun Masih Tiada Tindakan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KLUANG, 11 Ogos 2022 – Kawasan perumahan Taman Sri Impian yang dimasuki sekumpulan gajah bukanlah sesuatu yang baharu, malah ianya telah berlaku sejak 10 tahun lepas. Malangnya sehingga kini hanya pemantauan serta usaha menghalau binatang tersebut sahaja dilakukan walaupun sudah beberapa kali dimajukan kepada pihak berkaitan, maklum penduduk perumahan fasa 3, Mohd. Hakim Zulkifli, 55.

Tambah beliau, tindakan ini langsung tidak memberi kesan kerana haiwan itu akan datang semula dalam tempoh kurang dari sebulan.

“Jika sebelum ini kemasukan gajah ke kawasan penempatan ini jarang-jarang berlaku, namun ia lebih kerap sejak akhir-akhir ini sehingga mencetuskan rasa bimbang penduduk taman.”

“Walaupun belum ada kes melibatkan serangan ke atas penduduk, namun dibimbangi ada antara mereka mengambil tindakan salah untuk halau binatang berkenaan,” ujar beliau lagi.

Penduduk taman perumahan itu gemar memanggil haiwan berkenaan dengan label ‘Orang Kuat’ dan kehadiran sekumpulan gajah-gajah itu adalah bagi mendapatkan makanan yang ditanam penduduk di sekitar tanah kosong di tepi hutan Gunung Lambak.

Dalam pada itu, penghuni fasa Impiana Kopketa (Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad), Abdullah Mohammad, 61 berkongsi pada satu ketika dahulu di mana, gajah tersebut yang masuk ke taman perumahan berkenaan akan merayau sehingga ke kawasan kedai dan taman tasik di kawasan penempatan itu.

“Jangan sampai adanya berlaku kematian sama ada di pihak orang ramai atau pun binatang berkenaan baru ada tindakan yang ingin dilakukan,” tegas beliau.

Leave a Reply

Back to top button