Tempatan

188 Kawasan Hulu Selangor Tiada Air 3 Hari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELANGOR, 08 Ogos 2022 – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bahawa 188 kawasan di Wilayah Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air bermula esok jam 9:00 pagi, 09 Ogos 2022 dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 1:00 pagi, 11 Ogos 2022.

Kawasan-kawasan yang disenaraikan terlibat dengan isu gangguan bekalan air ini adalah seperti gambar rajah berikut:

1.jpg?resize=300%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=12.jpg?resize=300%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=13.jpg?resize=300%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1296974522_428791275954854_3026852132010332079_n.jpg?resize=300%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1

Air Selangor memaklumkan, gangguan tersebut susulan daripada kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasa.

Perkara ini juga telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menaiktaraf sistem bekalan air demi keselesaan pengguna pada masa hadapan, lapor media tempatan.

“Pengguna dinasihatkan agar menyimpan air secukupnya untuk kegunaan seisi rumah dan pastikan semua bekas simpanan air ditutup,” menurut kenyataan Air Selangor.

Seorang pengguna laman sosial Facebook membuat satu hantaran di ruangan komen dengan mendoakan agar; “Semoga dipermudahkan segala urusan dan semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.”

WhatsApp-Image-2022-08-07-at-5.32.59-PM.jpeg?resize=443%2C127&is-pending-load=1#038;ssl=1

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: