Tempatan

Beberapa Kawasan Di P. Pinang Dijangka Terputus Bekalan Air, Paras Air Sungai Muda Turun Mendadak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 15 Mei 2023 – “Sesetengah pengguna di kawasan terjejas akan mengalami “tekanan air rendah” atau “tiada bekalan air” mulai hari ini (14.5.2023) hingga Rabu (17.5.2023). Pengguna yang masih mempunyai bekalan air perlu menyimpan air untuk kegunaan dalam beberapa hari akan datang,” kata Ir. Pathmanathan K, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP).

Kenyataan ini dikeluarkan susulan insiden penurunan mendadak paras air di Sungai Muda yang tidak diketahui puncanya semalam.

BACA JUGA: Atlet Transgender Mahu Jalani Hidup Seperti Biasa, Namun Kami Seperti Diburu

BACA JUGA: Industri Halal Malaysia, Thailand, Indonesia Mampu Cecah Trilion Ringgit

BACA JUGA: Dilanda Wabak Penyakit Kaki & Mulut, Korea Selatan Musnahkan Ratusan Lembu

“Kira-kira pada pukul 5.00 pagi hari ini, satu keadaan tidak diduga berlaku di Sungai Muda. Kejadian ini berkemungkinan berlaku di hulu Sungai Muda, Kedah. Ia telah menyebabkan paras air mentah di muka sauk Lahar Tiang PBAPP menurun ke bawah 1.0m. Paras normal adalah melebihi 2.0m,” kata beliau.

“Keadaan tidak diduga ini kini menjejaskan bekalan air untuk beribu-ribu pengguna air Pulau Pinang di Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT), Seberang Perai Selatan (SPS) dan kawasan selatan Pulau Pinang.”

Tambahnya, PBAPP tidak dapat menyatakan dengan pasti bila perkhidmatan bekalan air di Pulau Pinang akan dinormalisasi sepenuhnya untuk semua pengguna kerana kami tidak tahu dengan tepat bila paras sungai Sungai Muda akan pulih kepada 2.0m atau lebih tinggi.

Kemaskini terbaru PBAPP Penang setakat pukul 11 malam tadi memaklumkan, paras air Sungai Muda telah naik ke tahap 1.46m di muka sauk Lahar Tiang.

PBAPP sedang mengoptimumkan pengabstrakan air mentah di muka sauk Lahar Tiang dan mengepam air mentah dari sungai ini ke Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.

“Pelepasan air mentah daripada Empangan Mengkuang masih lagi diteruskan untuk penyaluran ke LRA Sungai Dua. Justeru itu, pengeluaran air terawat di LRA Sungai Dua telah mencecah tahap 90%,” kata PBAPP.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: