Tempatan

MAKLUMAN: Gangguan Bekalan Air Di Taman Merdeka, Batu Berendam 30 Mei Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 23 Mei 2023 – Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) memaklumkan Notis Gangguan Bekalan Air Berjadual di kawasan Taman Merdeka, Batu Berendam pada Selasa, 30 Mei 2023 ini.

SAMB menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya berkata, gangguan bekalan air itu adalah bagi melaksanakan kerja-kerja membaik pulih flow meter bersaiz 300mm di Taman Merdeka, Batu Berendam.

Gangguan bekalan air yang melibatkan 895 akaun itu dianggarkan berlaku selama sembilan jam yang dijadualkan pada jam 9 malam hingga jam 6 pagi.

BACA JUGA: Tabika, Taska Tutup Jika Suhu Cecah 40°C

BACA JUGA: Jangan Tertipu Iklan Badal Haji Murah – MATA

BACA JUGA: Jasa Chen Man Hin Diabadikan, Satu Kejayaan Pemimpin DAP Negeri

Antara kawasan yang terlibat adalah Rumah Pangsa Pegaga, Taman Merdeka; Rumah Pangsa Taman Merdeka; Jalan Pegaga hingga Jalan Pegaga 6, Taman Merdeka; Jalan Jati 1, Taman Merdeka dan Jalan M1 hingga M24, Taman Merdeka.

Justeru, pengguna yang tinggal di kawasan yang terlibat diingatkan untuk memastikan tangki simpanan air di setiap premis dapat bertahan sehingga 24 jam bagi penggunaan normal.

“Jika tidak mempunyai tangki simpanan, anda dinasihatkan untuk menyediakan bekas simpanan air yang mencukupi untuk kegunaan sepanjang tempoh gangguan,” memetik kenyataan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: