Tempatan

Beberapa Kawasan Di Sibu Bakal Hadapi Gangguan Bekalan Air Esok

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SIBU, 04 Mei 2023 – Beberapa kawasan di Sibu bakal menghadapi gangguan bekalan air pada Jumaat ini, 05 Mei 2023.

Menurut notis gangguan bekalan air daripada Lembaga Air Sibu (SWB), gangguan bekalan air itu dijadualkan bermula pada jam 9 malam sehingga selesai dan dianggarkan berlaku selama empat hingga enam jam.

Antara kawasan yang terjejas ialah dari bulatan berhampiran MDS Mart, Kampung Hilir sehingga Lampu Isyarat Jalan Kampung Datu (Jalan Aini Dhobby, Jalan Alu-Alu, Jalan Pak Dris, Jalan Sg Bakong, Jalan Nanans, Jalan Masjid, Lorong Kampung Datu 2,4,3,5,7,9 dan 11).

Gangguan bekalan air itu berikutan kerja pengalihan ‘Temporary Pipe Crossing’ di Sg. Bakong, Jalan Kampung Hilir, Sibu.

BACA JUGA: Gaji Pekerja Tempatan Tidak Setimpal, Tidak Berbaloi – Presiden UNI-MLC

BACA JUGA: Aktivis Beri Peringatan Tentang Lagu Viral, Takut Tergelincir Akidah

BACA JUGA: TERKINI: Abai & Aniaya Remaja Sindrom Down, Siti Bainun Didapati Bersalah

Susulan itu, pihak SWB menasihatkan pengguna untuk menyimpan bekalan air yang mencukupi bagi keperluan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tersebut.

“Pihak kami akan berusaha untuk menyiapkan kerja secepat mungkin dan bekalan air akan kembali pulih secara berperingkat di kawasan yang terjejas.”

“Jika cuaca tidak mengizinkan, kerja akan dijalankan pada hari berikutnya.”

“Segala kerumitan yang timbul amatlah dikesali,” memetik kepada hantaran SWB di laman Facebooknya.

SWB turut menasihati orang ramai untuk menghubungi Talian Talikhidmat Lembaga Air Sibu di 013-8106311 bagi sebarang pertanyaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: