Tempatan

TERKINI: Pembayaran Cek Tidak Lagi Diterima Bermula 1 Januari 2023 – Air Selangor

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELANGOR, 09 Ogos 2022 – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan dalam satu kenyataan, mulai 1 Januari 2023, sebarang urusan pembayaran bil air dan transaksi perniagaan yang menggunakan cek tidak lagi akan diterima.

“Kami ingin memaklumkan bahawa bermula 1 Januari 2023, sebarang pembayaran menggunakan cek tidak lagi diterima untuk segala urusan pembayaran bil air dan transaksi perniagaan yang berkenaan.”

Bagaimanapun, pembayaran bil air masih boleh dibuat secara dalam talian atau melalui mana-mana ejen bayaran terpilih Air Selangor.

Dalam kenyataan sama, Air Selangor berkata; “Anda boleh membuat pembayaran menerusi platform berikut:

• Perbankan internet melalui JomPay dan FPX
E-Wallet seperti Touch ‘n Go, GrabPay, Boost, Shopee dan Lazada
• Ejen-ejen sah seperti KK Mart, 7 Eleven, 99 Speedmart, Pos Malaysia, Petronas dan BHP.

Samudera.my sebelum ini turut melaporkan makluman mengenai 188 kawasan di Wilayah Hulu Selangor yang sedang mengalami gangguan bekalan air bermula hari ini dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 1:00 pagi, 11 Ogos 2022.

Bagi mendapatkan makluman penuh mengenai kawasan-kawasan yang disenaraikan terlibat dengan isu gangguan bekalan air ini, anda boleh merujuk pautan yang disediakan di bawah:

188 Kawasan Hulu Selangor Tiada Air 3 Hari

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: