Tempatan

Trend Peniaga ‘Cedok-Cedok’ Di Tiktok Haram?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Julai 2022 – Trend “cedok-cedok” dalam kalangan peniaga atas talian yang kian tular di laman media sosial seperti laman TikTok telah disifatkan sebagai sebuah jual beli “gharar” dan diharamkan.

Trend ini adalah di mana peniaga akan ‘mencedok’ barang jualan pelbagai seperti barang kemas, peralatan hiasan dan lain-lain, kemudian dijual secara ‘lambak’ pada harga tetap kepada pembeli dan pembeli tidak boleh memilih apa barangan yang terkandung dalam ‘cedokan’ tersebut.

Menurut Ahmad Sufyan Che Abdullah, daripada Muamalat.my, jual beli sedemikian adalah sebuah jual beli gharar atau jual beli al-mulasamah yang diharamkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

“Cedoh-cedok adalah sama-sama dengan jual beli mulamasah yang mana jelas struktur asasnya jualan berbentuk gharar . Ini kerana apa yang akan diperoleh oleh pembeli belum pasti dan tiada sebarang aras minimum barangan yang boleh dipastikan untuk diperolehi.” Jelas Ahmad Sufyan.

Mereka kemudiannya menjelaskan lanjut tentang apa yang dimaksudkan dengan jual beli gharar :

“ Gharar ialah jual beli yang mana pembeli tidak dapat pastikan barangan yang akan diperolehi ( mastur al-aqibah ). Bahkan bentuk dan struktur jual beli tersebut sudah dicipta untuk mewujudkan unsur ketidakpastian.” Tambah mereka lagi.

Beliau turut mengingatkan bahawa sekecil manapun kadar jualan tersebut, sekiranya ia dilakukan secara gharar , maka ia adalah haram.

“Mungkin ada orang kata, ala, setakat jual 5 ringgit gula-gula je.. Oleh kerana by structure ia adalah gharar maka ia tetap haram.” Jelasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: