Antarabangsa

Meta Syarikat Induk Facebook Bakal Buang Pekerja Secara Besar-Besaran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CALIFORNIA, 08 November 2022 – Syarikat induk bagi platform sosial Facebook, Meta sedang dalam perancangan untuk membuang ramai pekerjanya pada minggu ini, sebagaimana yang dilaporkan oleh The Wall Street Journal.

Pengecilan jumlah pekerja tersebut akan memberi kesan kepada ribuan orang yang kini berkhidmat kepada syarikat gergasi tersebut.

The Wall Street Journal turut menyatakan bahawa syarikat tersebut akan membuat pengumuman berkenaan perkara ini seawal hari Rabu ini.

Bacaan ramalan yang dibuat pada Oktober lalu menunjukkan bahawa tahun depan mereka akan menghadapi kehilangan sekitar 67 bilion USD daripada nilai pasaran saham. Tambahan pula pada tahun ini mereka telah kehilangan nilai sejumlah setengah trilion dolar.

Kerugian ini adalah disebabkan perkembangan ekonomi dunia yang kini bergerak perlahan, saingan daripada TikTok, perubahan ketetapan peribadi oleh Apple, kebimbangan terhadap perbelanjaan yang melampau terhadap metaverse serta ancaman peraturan negeri yang sentiasa dihadapi syarikat tersebut.

Ketua Eksekutif syarikat gergasi tersebut, Mark Zuckerberg menyatakan bahawa beliau menjangkakan bahawa pelaburan terhadap metaverse akan mengambil masa selama satu dekad sebelum ianya membuahkan hasil.

Justeru, sebelum mencapai tempoh tersebut, beliau terpaksa untuk membekukan pengambilan pekerja, membatalkan beberapa projek serta menyusun kembali pasukannya dalam usaha memotong dan mengawal kos perbelanjaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: