Terkini

KD LEKIR Lancar Peluru Berpandu Luar Perairan Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELASA, 19 JULAI 2022 – Kapal Diraja (KD) Lekir yang mengikuti siri latihan ‘Sinking Exercise’ (SINKEX) fasa di laut latihan ‘Rim of the Pacific’ (RIMPAC) 2022 pada Selasa lalu telah berjaya melancarkan misil EXOCET MM40 tepat ke sasaran.

Sebuah kapal perang peluru berpandu kelas Oliver Hazard Perry (OHP) iaitu Ex-USS Rodney M Davis yang telah ditamatkan perkhidmatan pada 23 Januari 2015 telah digunakan sebagai sasaran dalam latihan SINKEX ini.

Ini merupakan satu catatan sejarah buat Tentera Laut Diraja Malaysia kerana ia merupakan kali pertama aset TLDM membuat tembakan misil di luar perairan Malaysia ketika menyertai latihan maritim antarabangsa.

Penembakan oleh KD Lekir pada Selasa lalu disaksikan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Timbalan Panglima Armada Barat, Laksamana Pertama Farizal Myeor di K Mark Takai Pacific Warfighting Center di Ford Island, Hawaii.

Reza berkata dalam persediaan untuk ke RIMPAC Ke-28 ini, KD Lekir juga telah berjaya melancarkan misil yang sama pada LatihanTaming Sari 21/22 di perairan Selat Melaka Utara, pada 22 Mei lalu.

Latihan berkenaan juga memberi peluang latihan bagi meningkatkan kebolehan merancang, berkomunikasi dan mengendalikan operasi maritim yang sukar seperti ketepatan menembak sasaran jarak jauh.

KD Lekir dijadual akan kembali ke tanah air pada 6 September depan selepas selesai menjalani latihan, yang mana tempoh keseluruhan pelayaran sepanjang penyertaan latihan adalah 99 hari di laut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: