Antarabangsa

Tak Perlu Pakai Mask Lepas Dah Vaksin Penuh – CDC

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) membenarkan mereka yang sudah divaksin sepenuhnya dengan vaksin COVID-19 untuk berkumpul sesama sendiri dan menziarahi mereka yang tidak divaksin tanpa perlu memakai pelitup muka.

“Mereka yang sudah divaksin sepenuhnya juga boleh berkunjung ke rumah mereka yang tidak divaksin tanpa memakai pelitup muka atau melakukan penjarakan sosial selagimana mereka yang tidak divaksin tidak tergolong dalam kategori yang berisiko tinggi mendapat COVID-19 yang teruk,” ujar Pengarah CDC, Rochelle Walensky.

Namun, jika mereka yang tidak divaksin datang daripada rumah yang berbeza lalu berkumpul, semua orang perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti berjumpa di luar, memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 6 kaki.

Selain itu, mereka yang diberi vaksin sepenuhnya yang kemudiannya bersentuhan dengan seseorang yang menghidap COVID-19 juga tidak perlu mengambil ujian kesihatan atau melakukan kuarantin melainkan mereka menunjukkan gejala – kecuali jika mereka tinggal di tempat sesak seperti rumah penjagaan atau rumah pemulihan akhlak.

Pemvaksinan penuh bermaksud mereka yang sudah dua minggu menerima dos kedua suntikan bagi vaksin Pfizer atau Moderna, atau dua minggu selepas menerima dos pertama suntikan vaksin Johnson & Johnson.

Buat masa ini CDC menasihatkan semua rakyat supaya tidak menyertai atau melakukan perhimpunan atau perjumpaan besar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: