Antarabangsa

AS Catat Kes Selesema Burung Ketiga, Terkait Lembu Tenusu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LOS ANGELES, 01 Jun 2024 – Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kes kedua jangkitan virus influenza burung patogenik di Michigan sekali gus menjadikannya kes manusia ketiga yang dikaitkan dengan wabak berterusan A (H5N1) mengaitkan lembu tenusu.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS pada Khamis baru-baru ini, kes yang disebutkan itu merupakan kes pertama jangkitan virus H5 dalam kalangan manusia di AS yang melaporkan gejala lebih tipikal penyakit pernafasan akut dan dikaitkan dengan jangkitan virus influenza, termasuk virus A (H5N1).

CDC berkata, kes baharu ini melibatkan seorang pekerja ladang tenusu yang terdedah kepada lembu yang dijangkiti dan berkemungkinan besar disebabkan oleh penularan dari lembu ke manusia.

Berikutan kes ini, CDC terus memantau data yang tersedia dari sistem pemantauan influenza terutamanya di negeri-negeri yang terjejas yang mana ia menyaksikan tiada tanda aktiviti influenza luar biasa dalam kalangan orang ramai, termasuk tiada peningkatan dalam lawatan ke bilik kecemasan untuk influenza dan tiada peningkatan dalam pengesanan kes influenza manusia di makmal.

CDC turut menjelaskan bahawa risiko kepada orang awam AS yang tidak terdedah kepada haiwan yang dijangkiti adalah kekal rendah namun, langkah berjaga-jaga disyorkan bagi mereka yang terdedah kepada haiwan yang dijangkiti atau berpotensi dijangkiti.

Orang yang mempunyai pendedahan rapat atau berpanjangan tanpa perlindungan kepada burung atau haiwan lain yang dijangkiti atau kepada persekitaran yang tercemar oleh burung atau haiwan lain yang dijangkiti, mempunyai risiko lebih tinggi untuk dijangkiti dan perlu mengambil langkah berjaga-jaga, kata CDC.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: