Tempatan

Pelitup Muka Bercop SIRIM Ditangguhkan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 10 April 2022 – Penguatkuasaan keperluan pelabelan baru bagi pelitup muka bukan perubatan yang dikuatkuasa 4 Julai depan ditangguhkan kepada 1 Januari tahun hadapan.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi setelah mengambil kira maklum balas dari orang awam.

“Kita telah berbincang petang ini untuk memberi peluang kepada industri dan pengguna bagi membuat penyesuaian,” katanya.

Beliau mendedahkan pihak kementerian menerima banyak maklum balas termasuklah keresahan pengguna selepas pengumuman pewartaan dibuat.

Maklumat salah turut disebarkan dalam talian yang mendakwa orang yang memakai pelitup muka tidak diperakui SIRIM juga akan dikenakan denda RM100,000, walaupun peraturan itu hanya dikenakan kepada pembekal pelitup muka dan bukan pengguna.

“Pengguna fikir mungkin berlaku kenaikan harga pelitup muka namun SIRIM QAS International Sdn Bhd telah memberi jaminan akan mengenakan caj yang rendah kepada pengimport dan pengilang,” ujarnya.

Katanya lagi, pelitup muka yang berasaskan fabrik juga tertakluk di bawah kategori yang sama dan mesti mendapatkan kelulusan SIRIM.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi libat urus bersama industri sempena pewartaan dan penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan dan Peranti Rokok Elektronik dekat sini pada Khamis lalu.

Leave a Reply

Back to top button