Pendapat

Universiti Moden Telah Gagal & Hilang Makna – Prof Dr Khalif Muammar

Kecemerlangan Tanpa Makna

I have been a Harvard professor for more than thirty years, having started in 1974. Over the decades I have heard many academic discussions about teaching, about the curriculum, about grading, about athletics, and about responding to student misdeeds. I have almost never heard discussions among professors about making students better people”. Harry Lewis, Excellence Without a Soul.

Universiti moden telah gagal, ia telah kehilangan makna dan telah melupakan tujuan hakikinya mengapa ia didirikan. Universiti Barat gagal kerana nilai-nilai yang diangkat oleh peneraju universiti-universiti ini saling bertentangan. Tiada perkara yang dapat menyatukan kekuatan-kekuatan yang berlawanan. Masalah demi masalah yang dihadapi oleh universiti tidak dapat diatasi kerana kekurangan kebijaksanaan dan prinsip yang teguh. Permasalahan rumit yang timbul tidak dapat dileraikan mengikut tujuan asal yang sepatutnya menjadi panduan bersama. Kerana itu para pelajar tidak dibentuk menjadi manusia yang baik, mereka tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap diri mereka sendiri.

Universiti moden sebenarnya mengejar kecemerlangan yang semu.

Oleh yang demikian, universiti di dunia Islam perlu mengikut acuan sendiri, perlu merujuk kepada falsafah pendidikan Islam, pandangan alam Islam dan kerangka pemikiran Islam, dan bukannya berkiblatkan ke Barat dan mengikut apa sahaja kriteria kecemerlangan yang ditentukan oleh institusi-institusi Barat. Lebih 40 tahun yang lalu Profesor SMN al-Attas telah menegaskan hal ini dalam bukunya Islam and Secularism (1978) dan telah menyediakan blueprint untuk pembangunan universiti Islam yang benar-benar cemerlang.

Pautan Asal: https://www.facebook.com/khalif.muammar/posts/10220317465546638

Associate Professor Dr. Khalif Muammar A. Harris, merupakan Pengarah Center for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia.

*Ini adalah pandangan penulis dan tiada kaitan dengan pandangan Samudera.my*

 

Leave a Reply

Back to top button