Antarabangsa

Uganda Hukum Mati Mandatori Pesalah Homoseks

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UGANDA, 06 Mei 2023 – Parlimen Uganda pada Selasa meluluskan pindaan RUU Anti-Homoseksualiti di mana pesalah homoseks akan dikenakan hukuman mati jika didapati bersalah.

Di bawah rang undang-undang baru yang dicadangkan itu, kelakuan homoseksual masih akan menyalahi undang-undang, tetapi individu homoseksual yang tidak melakukan perbuatan homoseksual tidak akan disabitkan.

BACA JUGA: AS Tamatkan Keperluan Vaksin COVID-19

BACA JUGA: PERHATIAN: Air Pasang Perbani Dijangka Berlaku 4 Hari Berturut Bermula Hari Ini

BACA JUGA: Tanah Runtuh Di Seputeh Ragut 1 Nyawa

Namun, RUU itu mengekalkan hukuman mati untuk “pesalah homoseksualiti yang melampau”, termasuklah hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur, melakukan hubungan seks semasa HIV positif dan sumbang mahram.

RUU yang pada asalnya mencadangkan pemenjaraan selama 20 tahun terhadap mereka yang dikenal pasti sebagai LGBTQ, telah dikembalikan ke parlimen oleh Presiden Uganda, Yoweri Museveni pada akhir April.

Samudera.my sebelum ini melaporkan, pada Mac lalu, Uganda meluluskan RUU mengenakan hukuman penjara 10 tahun terhadap individu yang dikenal pasti sebagai lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBTQ) di negara itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: