NGO

Risiko Tinggi Monkeypox Pengamal Seks Sejenis: Gerakan Mak Nyah Bidas Pakar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Ogos 2022 – Gerakan sivil Justice For Sisters yang memperjuangkan nasib golongan mak nyah di Malaysia membidas pendapat pakar dalam kajian virus berkenaan kaitan penyebaran virus monkeypox dengan golongan yang mengamalkan seks sejenis dalam sebuah kenyataan.

Justice For Sisters berkata, “Artikel ‘Pengamal seks sejenis risiko tinggi kena cacar monyet (28 Julai 2022, Utusan Malaysia) menampilkan seorang pengkaji virus dari Universiti Malaya. Penerangan pakar tersebut berkenaan golongan biseksual, lelaki queer dan MSM dalam perkahwinan heteroseksual berpotensi menjangkitkan kaum keluarga dan anak-anak mereka meletakkan tanggapan dan tuduhan terhadap golongan gay, biseksual dan LGBTQ bagi penyebaran monkeypox, menguatkan stigma ke atas mereka.”

Petikan daripada artikel Utusan Malaysia itu menyebut:

“Sazaly berkata, golongan LGBT yang mengamalkan seks sejenis dan bertukar-tukar pasangan perlu berhati-hati dengan mengambil langkah perlindungan selain memastikan pasangan tidak ada jangkitan…. Lebih risau kalau mereka sejenis kelompok ‘dua alam’. Mereka ada keluarga, ada anak-anak, bila dah terkena jangkitan melalui seks sejenis, dia akan menjangkiti pasangan dan anak-anak.”
(July 28, 2022, Utusan Malaysia)

Justice For Sisters melontarkan pujian kepada media lain atas tindakan portal tersebut menyiarkan artikel yang memberi penerangan berkenaan peningkatan stigma terhadap golongan LGBT.

“Sebagai contoh, Malaysian Insight menyiarkan kembali artikel oleh AFP, ‘LGBT community confronts ‘excruciating’ monkeypox – and its stigma’ pada 30 Julai 2022.”

“Artikel ini menampilkan suara-suara golongan dan kumpulan LGBTQ, dan menekankan kesan stigma terhadap akses kepada informasi dan perkhidmatan yang menyelamatkan nyawa, dan paling penting keupayaan golongan LGBTQ untuk mengambil langkah melindungi diri sendiri dan pasangan mereka.”

Kajian Universiti Queen Mary London baru-baru ini mendapati lebih kurang 98 peratus pesakit yang dijangkiti monkeypox adalah terdiri daripada golongan lelaki yang melakukan seks dengan lelaki.

“Secara keseluruhan, 98 peratus individu yang dijangkiti adalah lelaki gay atau biseksual, dengan 41 peratus daripadanya menghidap HIV dan median umur 38 tahun.”

Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine mendedahkan daripada 528 jangkitan yang dikaji, jangkitan yang berkaitan dengan aktiviti seksual adalah yang paling mudah menjangkiti terutamanya dalam kalangan lelaki yang melakukan seks dengan lelaki.

Menurut pengarang utama laporan itu, John Thornhill, angka median pasangan seks gay dalam tempoh tiga bulan sebelum ini ialah lima orang, dan kira-kira satu pertiga diketahui mengunjungi lokasi seks seperti parti seks atau sauna dalam tempoh sebulan lalu.

“Kaji selidik ini meningkatkan pengetahuan kami tentang cara ia merebak dan kumpulan mana ia menular. Maklumat ini akan membantu kami dalam mengenal pasti kes baharu dan membolehkan strategi pencegahan dirangka.”

“Sebagai contoh, 95 peratus kes cacar monyet berjangkit menerusi aktiviti seksual.”

“Namun penting untuk ditekankan di sini, cacar monyet bukan jangkitan secara seksual sahaja tetapi juga boleh berlaku menerusi apa jua jenis kontak fizikal rapat.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: