Antarabangsa

Serbia Batal Program Besar LGBT

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SERBIA, 29 Ogos 2022 – Presiden Serbia, Aleksandar Vucic pada Sabtu lalu telah mengumumkan bahawa negara tersebut telah mengambil keputusan bagi membatalkan atau menunda EuroPride, sebuah program yang dijadualkan akan berlangsung pada pertengahan September di Belgrade.

“Ini adalah sebuah perlanggaran terhadap hak-hak golongan minoriti, namun pada ketika ini negara sedang ditekan dengan beberapa masalah”, ujar Vucic sewaktu membuat kenyataan media.

Presiden tersebut menjelaskan bahawa festival LGBTQ tersebut yang lazimnya dilangsungkan di beberapa bandar-bandar di Eropah setiap tahun, tidak dapat dilangsungkan pada tahun ini berikutan terdapatnya ancaman daripada golongan pelampau kanan serta kebimbangan jika akan berlakunya keganasan.

“Ini bukan isu sama ada mereka (golongan pelampau) lebih kuat, tapi tak dapat melakukan segalanya dalam satu masa, itu saja,” kata Vucic lagi.

“Saya tidak gembira dengan perkataan ini tapi kami tidak mampu menguruskannya,” luah Presiden tersebut.

Awal Ogos baru-baru, ribuan orang ramai telah berkumpul di jalan-jalan sekitar Belgrade, menuntut supaya program EuroPride itu dibatalkan. Mereka membawa papan tanda dengan pesanan seperti “Kami tidak mahu perarakan gay dan penjajahan dari pihak barat!” dan “Jangan ganggu anak-anak kami”.

Penganjur EuroPride menegaskan bahawa program tersebut akan tetap diadakan walaupun Presiden telah mengumumkan sebaliknya.

Europride di Belgrade tetap akan diteruskan dan akan mengumpulkan ribuan orang-orang LGBT dari seluruh benua Eropah,” kata Kristine Garina, Presiden Persatuan Penganjur Pride Eropah dalam satu kenyataan.

Serbia yang kini sedang berusaha untuk menjadi ahli Kesatuan Eropah sebelum ini berjanji untuk melindungi hak-hak LGBTQ dalam negara itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: