Tempatan

Tanah Runtuh Di Seputeh Ragut 1 Nyawa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BRICKFIELDS, 05 Mei 2023 – Seorang pengawal keselamatan maut selepas dihempap tanah runtuh berhampiran tempat kerjanya di Wisma YPR, Seputeh, Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Bin Hj. Abdul Shukor, mangsa merupakan seorang lelaki India warganegara Malaysia berumur 69 tahun yang bertugas sebagai pengawal keselamatan.

“Pada 4 Mei 2023 jam lebih kurang 1.23 pagi, pihak IPD Brickfields telah menerima maklumat berkenaan satu kejadian tanah runtuh yang berlaku berhampiran Wisma YPR, Seputeh, Kuala Lumpur.”

BACA JUGA: Ramai Pekerja Swasta Tidak Mendapat Hak Perlindungan Sewajarnya – NUFAM

BACA JUGA: Usaha Mengangkat Teks Sahih Bahasa Melayu Memerlukan Komitmen Perdana Menteri – Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain

BACA JUGA: Masalah Kewangan Menjadikan Kanak-Kanak Mangsa Dera

“Hasil siasatan dan pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tanah tinggi berhampiran Wisma YPR telah runtuh dan menghempap pos pengawal keselamatan yang terletak di dalam kawasan premis tersebut.”

“Mangsa merupakan seorang lelaki India warganegara Malaysia berumur 69 tahun yang bertugas sebagai pengawal keselamatan disyaki telah tertimbus di bawah runtuhan semasa kejadian ini berlaku.”

Tambahnya dalam satu kenyataan, pihak operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh pihak Polis Brickfields, Bomba Seputeh dan Jalan Hang Tuah serta Unit Penyelamat DBKL berjaya menemui mangsa yang tertimbus pada jam 6.22 pagi hari sama.

“Kematian mangsa telah disahkan oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Kuala Lumpur yang hadir di tempat kejadian.”

Susulan kejadian, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), Cawangan Kejuruteraan Cerun, Kuala Lumpur juga telah dimaklumkan bagi membuat kajian tanah di kawasan tersebut.

“Sebarang maklumat berkaitan kejadian ini sila hubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03- 21159999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” kata ACP Amihizam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: